Mencari Identiti

Pencarian harta emas atau pendirian yang utuh menghadapi sakaratul maut. Sesungguhnya matawang kertas itu tidak bernilai. Hanya emas yang tetap berkilau. Begitulah kehidupan ini....

Thursday, January 19, 2006

Pantun buat Sifu PTS


Buah Cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah jangan jelekkan

Sorong palang tarik palang,
buah durian dalam perahu,
suruh datang saya datang,
suruh buat saya melahu

Kalau tuan pergi ke hulu,
belikan saya sekeping papan,
hajat dihati nak ikut ke hulu,
tapi sayang, tak cukup kelengkapan

Kalau tuan pergi ke hulu,
Belikan saya kuih bahulu,
Akademi PTS turunkan ilmu,
Sifu PTS jadi penghulu


Wednesday, January 18, 2006

Senarai Part Time Cari Duit

Senarai Part Time Cari Duit

Balik kerja tepat pada masanya dan pasti sampai rumah sebelum maghrib. Malam tengok tv dengan famili sambil bersembang. Kalau rajin pergi solat jemaah kat surau. Sembang-sembang dengan orang surau atau dengar ceramah / kuliah sambil jumpa kengkawan. Cukup masa masuk bilik tidur dengan penuh aman. Sudah pasti esok pagi bangun juga dengan penuh ketenangan. Hari-hari berlalu dengan rutin yang sama. Tidak perlu fikir mengenai masalah kewangan. Tak perlu fikir masalah kerja dan tak pening kepala dengan masalah kehidupan.

Itulah impian bagi setiap orang. Tapi kalau hari2 macam tu, bosan jugak. Mungkin buat masa ini kita merasakan cukup dengan apa yang ada. Kita tidak merasakan kepentingan mencari rezeki tambahan. Tapi jika dilihat masa hadapan, pasti kita juga tergerak untuk melakukan sesuatu.......

Setiap orang ada pelbagai cara untuk menambah pendapatan. Doraeom, dengan 'direct selling' nyer, Padil dengan tukang kayu nyer, Zul Megat dengan projek meganya, Tn Hj. Wan dengan projek speakernyer...... dan aku ... dan kita?

Berdasarkan kajian, ada beberapa cara untuk kita menambah pendapatan. Pokok pangkal ialah keinginan, semangat, usaha dan motivasi dari pasangan terutamanya dari isteri. Ada setengah isteri tak suka suaminya keluar rumah. kalau boleh nak duduk jek tengok tv. macam lah duit tu boleh datang bergolek.

Anyway berikut adalah cadangan untuk sesiapa yang terfikir-fikir apa perlu dibuat untuk tambah pendapatan. Nak cerita segan tak cerita pun segan. Tapi aku cuba sumbangkan beberapa idea sebagai perbincangan :

1
Jual komputer secara kecil-kecilan Nak tahu lanjut bleh tanya Salihin, Kiat dsb. Aku dah pencen
2
Jual kad pre-paid Bab ni kena tanya Apan
3
Masuk direct Selling One of the best way to get extra income. tapi perlu berhati-hati. cari MLM yang establish. Disebabkan dia adalah MLM maka malam anda akan dipenuhi dengan jumpa orang, carik orang, jual barang, dapat duit. Aku telah selesai mengkaji dan membuat penelitian dan pernah terlibat dengan MLM sehingga pernah dapat RM 1,000 sebulan. Apa yang pasti kalau nak masuk kena tengok MLM yang mempunyai produk yang bagus, evergreen dan establish seperti AMWAY, COSWAY, ZHULIAN, CNI
4
Jual Insurans Antara yang aku kaji. Strukturnya sama seperti MLM tetapi mempunyai produk yang berbeza. Kalau MLM org kena beli barang, tapi insurans org beli kertas. Yelah kertas polisi. Tapi pulangan memberangsangkan kalau ramai customer amik insurans nyawa
5
Part Time mengajar Satu bidang yang aku minat tapi masih belum berpeluang. Ada jugak kengkawan aku yang buat. Bayangkan kalau satu jam korang dibayar dengan RM 200.00 - 300,00
6
Part Time stesen minyak Pernah dibuat oleh seorang kawan aku dulu. Amat sesuai bagi korang yang nak rasa keperitan hidup sebagai attendan pam minyak. Sambil tu boleh layan perasaan terutama bila keja shift malam.
7
Bawa Teksi Ini diamalkan oleh jiran sebelah rumah aku. Walau pung kerja bagus dan ada degree, tapi 4 hari dalam seminggu dia akan bawa teksi bermula dari jam 6.00ptg hingg 2.00 pg. Sewa dalam RM 40 jer. Cuma perlu tenaga tambahan. Tapi kita boleh jumpa bermacam2 orang terutama org yang tak layak kita lihat.
8
Jual lagu nada dering kat pasar malam Ini member sekerja aku sendiri yang buat. bukan tiap2 malam pun. 3-5 malam seminggu jerk. Tapi perlu ada meja, lampu, notebook, sim card reader dan pelbagai aksesori lain. Jual lagu handphone kat pasar malam lagi untung dari makan gaji. Apa taknya berapa banyak Mat dan Minah Indon kat Malaysia nie yang pakai handphone. Bila dengar lagu dangdut atau rock indon, mesti dia nak uploadnyer. satu lagu RM5 tapi kalau 50 orang datang satu malam?
9
Elektrik dan Elektronik Part time buat wiring dan repair alat elektronik. Yang ni kene tanya Tn. Hj Wan dan Dr. Halim. Kalau dia orang masih mempraktikkanya.
10
Buat Duit dengan menulis Ha.... satu bidang yang jarang orang melayu menengah macam kita nie ceburi. Nak tahu lebih lanjut boleh baca buku 'Buat duit dengan menulis' terbitan PTS publications. Carik lah kat kedai buku. kalau rajin.




Jurutera and Penulis

Jurutera diajar mengenai logik. Setiap yang berlaku pasti akan ada logik kenapa ia berlaku. Seperti membina robot mengangkat bola. Setiap faktor perlu diambil kita. Ia melibatkan matematik yang amat banyak. Setiap koordinat perlu dikira.

Menulis memerlukan ketekunan dalam alam yang sedikit kreatif. Seorang jurutera tidak semestinya penulis. Dan seorang penulis pula tidak semestinya jurutera. Apa yang pasti seorang jurutera pastinya akan menulis. cuma yang tak pasti, apakah yang ditulis oleh jurutera itu........