Mencari Identiti

Pencarian harta emas atau pendirian yang utuh menghadapi sakaratul maut. Sesungguhnya matawang kertas itu tidak bernilai. Hanya emas yang tetap berkilau. Begitulah kehidupan ini....

Thursday, January 19, 2006

Pantun buat Sifu PTS


Buah Cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah jangan jelekkan

Sorong palang tarik palang,
buah durian dalam perahu,
suruh datang saya datang,
suruh buat saya melahu

Kalau tuan pergi ke hulu,
belikan saya sekeping papan,
hajat dihati nak ikut ke hulu,
tapi sayang, tak cukup kelengkapan

Kalau tuan pergi ke hulu,
Belikan saya kuih bahulu,
Akademi PTS turunkan ilmu,
Sifu PTS jadi penghulu


1 Comments:

  • At 10:02 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. said…

    Terima kasih kerana mengarang pantun untuk saya. Ini kali pertama saya terima pantun! Jadi kenangan seumur hidup.... Terima kasih.

    Mana karya untuk PTS terbitkan?

     

Post a Comment

<< Home