1 | Jual komputer secara kecil-kecilan | Nak tahu lanjut bleh tanya Salihin, Kiat dsb. Aku dah pencen
|
2 | Jual kad pre-paid | Bab ni kena tanya Apan
|
3 | Masuk direct Selling | One of the best way to get extra income. tapi perlu berhati-hati. cari MLM yang establish. Disebabkan dia adalah MLM maka malam anda akan dipenuhi dengan jumpa orang, carik orang, jual barang, dapat duit. Aku telah selesai mengkaji dan membuat penelitian dan pernah terlibat dengan MLM sehingga pernah dapat RM 1,000 sebulan. Apa yang pasti kalau nak masuk kena tengok MLM yang mempunyai produk yang bagus, evergreen dan establish seperti AMWAY, COSWAY, ZHULIAN, CNI
|
4 | Jual Insurans | Antara yang aku kaji. Strukturnya sama seperti MLM tetapi mempunyai produk yang berbeza. Kalau MLM org kena beli barang, tapi insurans org beli kertas. Yelah kertas polisi. Tapi pulangan memberangsangkan kalau ramai customer amik insurans nyawa
|
5 | Part Time mengajar | Satu bidang yang aku minat tapi masih belum berpeluang. Ada jugak kengkawan aku yang buat. Bayangkan kalau satu jam korang dibayar dengan RM 200.00 - 300,00
|
6 | Part Time stesen minyak | Pernah dibuat oleh seorang kawan aku dulu. Amat sesuai bagi korang yang nak rasa keperitan hidup sebagai attendan pam minyak. Sambil tu boleh layan perasaan terutama bila keja shift malam.
|
7 | Bawa Teksi | Ini diamalkan oleh jiran sebelah rumah aku. Walau pung kerja bagus dan ada degree, tapi 4 hari dalam seminggu dia akan bawa teksi bermula dari jam 6.00ptg hingg 2.00 pg. Sewa dalam RM 40 jer. Cuma perlu tenaga tambahan. Tapi kita boleh jumpa bermacam2 orang terutama org yang tak layak kita lihat.
|
8 | Jual lagu nada dering kat pasar malam | Ini member sekerja aku sendiri yang buat. bukan tiap2 malam pun. 3-5 malam seminggu jerk. Tapi perlu ada meja, lampu, notebook, sim card reader dan pelbagai aksesori lain. Jual lagu handphone kat pasar malam lagi untung dari makan gaji. Apa taknya berapa banyak Mat dan Minah Indon kat Malaysia nie yang pakai handphone. Bila dengar lagu dangdut atau rock indon, mesti dia nak uploadnyer. satu lagu RM5 tapi kalau 50 orang datang satu malam?
|
9 | Elektrik dan Elektronik | Part time buat wiring dan repair alat elektronik. Yang ni kene tanya Tn. Hj Wan dan Dr. Halim. Kalau dia orang masih mempraktikkanya.
|
10 | Buat Duit dengan menulis | Ha.... satu bidang yang jarang orang melayu menengah macam kita nie ceburi. Nak tahu lebih lanjut boleh baca buku 'Buat duit dengan menulis' terbitan PTS publications. Carik lah kat kedai buku. kalau rajin.
|